JENIS-JENIS RANGKAIAN
Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan
geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara
skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi.
Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon
atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat
tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:
1. Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)
2. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network - MAN)
3. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)
RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)
Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi
yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah,
pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan
sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus
universiti, di dalam sesebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali
dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer. Namun begitu,
jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada
satu batu jaraknya.Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai
kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian
telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.
Setiap topologi perlu melaksanakan kerja yang sama. Situasi
yang paling biasa ditemui oleh rangkaian ialah mesej dari satu komputer
ke satu komputer yang lain atau arahan supaya menjalankan atur cara yang
tersimpan di dalam rangkaian. Data atau atur cara yang diminta oleh mesej
mungkin disimpan pada komputer yang digunakan oleh seseorang rakan sekerja
dalam rangkaian atau pada pelayan fail (server), suatu komputer khusus.
Pelayan fail biasanya adalah merupakan komputer berkuasa tinggi dan mempunyai
pemacu cakera keras yang tidak digunakan secara eksklusif oleh individu
pada rangkaian itu serta cakera padat (CD drive). Pelayan fail juga seharusnya
mempunyai storan semua perisian yang mengawal pengurusan sesuatu sistem
rangkaian itu.
Selain daripada itu, pelayan fail wujud hanya untuk melayan semua
komputer lain yang berada di dalam sistem rangkaian tersebut. Komputer-komputer
yang disambung kepada pelayan fail dikenali sebagai stesen kerja (workstations).
Stesen kerja tidak semestinya berkuasa tinggi seperti pelayan komputer
namun begitu, komputer-komputer tersebut boleh mempunyai perisian tambahan
pada cakera keras masing-masing. Manakala, setiap satu komputer yang menggunakan
khidmat pelayan fail dikenali sebagai pelanggan (client). Pencetak boleh
juga disambung kepada rangkaian supaya ia boleh dicapai oleh semua pelanggan
LAN.
Untuk menggunakannya, rangkaian mestilah menerima permintaan daripada
komputer individu atau nod yang dihubungkan pada rangkaian dan ia mestilah
mempunyai cara untuk mengendalikan permintaan serentak bagi perkhidmatannya.
Sebaik sahaja komputer mendapat perkhidmatan rangkaian, ia haruslah mempunyai
cara untuk menghantar mesej dari satu komputer kepada komputer yang lain
supaya ia hanya menuju kepada nod yang diperlukan dan tidak muncul di komputer
yang lain.
Rangkaian pula mestilah melakukan semua ini secepat mungkin sambil
memberi perkhidmatannya secara serata mungkin mengikut giliran di antara
nod lain di dalam LAN.
Terdapat tiga jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan di dalam
tatarajah LAN bagi rangkaian pelanyan-pelanggan. Rangkaian-rangkaian tersebut
ialah:
1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
2. Topologi Bintang (Star) atau Labah-labah (Spider)
3. Topologi Gelang Token (Token Ring)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan