RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN
(MAN)
Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network-MAN)
lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan
rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di
bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah.
Dengan menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana besarnya
di dalam lingkungan susun atur geografi yang besar, informasi dan maklumat
dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
Perpustakaan-perpustakaan awam dan agensi-agensi kerajaan biasanya
gemar menggunakan MAN untuk berhubung dengan warga setempat dan pihak pengurusan
sektor swasta. Satu contoh penggunaan MAN ialah di Pasco County yang terletak
di Florida, Amerika Syarikat. Rangkaian MAN di sini dikenali sebagai ‘the
MIND Network’ yang mana rangkaian tersebut berfungsi menghubungkan semua
pusat media Pasco kepada komputer kerangka utama berpusat (centralized
mainframe) yang terletak di pejabat daerah dengan menggunakan talian telefon,
kabel koaksial, alat perhubungan tanpa tali (wireless communications providers).
Di dalam bidang perniagaan contohnya, satu komputer peribadi menghantar
data kepada satu minikomputer atau kerangka utama. Oleh kerana, komputer-komputer
yang lebih besar atau berkuasa tinggi sememangnya direka sebagai pelayan
(server), ia berfungsi membenarkan mana-mana laluan masuk sesebuah terminal,
sesebuah komputer peribadi itu boleh berkomunikasi dengan sebuah minikomputer
atau kerangka utama.
Ini akan hanya berlaku jika komputer peribadi tersebut boleh bersaing
atau menyerupai sebuah terminal. Oleh yang demikian, rangkaian ini akan
berjaya apabila komputer peribadi itu dilengkapkan dengan terminal emulation
software. Komputer yang lebih besar itu kemudiannya mengtanggapi komputer
peribadi atau stesen kerja itu sebagai satu pengguna lain di dalam rangkaian
perantaraan komunikasi input-output.
Apabila komputer yang lebih kecil disambungkan ke komputer
ke komputer yang lebih besar, perhubungannya dirujuk sebagai perhubungan
mikro-ke-kerangka utama. Komputer besar di mana terminal atau komputer
peribadi disambungkan dikenali sebagai komputer hos. Jika sebuah komputer
peribadi itu digunakan sebagai terminal, perisian memindahkan fail (file
transfer software) membenarkan pengguna untuk memindahkan fail (download)
dari hos ataupun menghantar data ke hos (upload). Download file bererti
membuka dan mengambil data dari sebuah komputer peribadi yang lain dan
menghantar data ke komputer yang berkenaan yang diminta oleh pengguna.
Upload file pula bererti pengguna membuka fail data dan menghantarkannya
ke sebuah komputer yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan