Definisi Rangkaian Komputer
Apa Itu Rangkaian Komputer?
Rangkaian Komputer
adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan
dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau
lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh
nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai
media komunikasi. Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialah Internet.
Rangkaian
bermula dengan binaan yang kecil, dengan penyambungan lebih kurang
sepuluh komputer dan satu pencetak. Teknologi yang wujud di masa itu
menghadkan bilangan komputer yang disambung dan panjang kabel komunikasi
yang boleh dibenarkan dalam rangkaian. Di awal tahun sembilan puluhan
kabel komunikasi boleh ditarik sejauh kira-kira 600 kaki dengan
penyambungan sebanyak lebih kurang 30 komputer sahaja. Rangkaian seperti
ini sesuai untuk organisasi yang kecil dan dikenali sebagai rangkaian kawasan setempat
(LAN). LAN biasanya menghubungkan peranti dalam satu pejabat atau satu
bangunan. Satu LAN boleh dibina hanya dengan dua komputer dan satu
pencetak sahaja atau boleh diperluaskan dalam satu bangunan dengan
memasukkan perisian audio dan video. Saiz LAN adalah terhad kepada jarak
beberapa kilometer sahaja. LAN mempunyai kadar data daripada 4 Mbps
sehingga 100 Mbps.
Perhubungan pengguna rangkaian dari berlainan negara telah mewujudkan perkembangan LAN kepada rangkaian kawasan luas
(WAN). WAN boleh menghantar data, audio dan video pada jarak yang jauh
sehingga merangkumi sebuah negara atau benua atau seluruh dunia.
Berikut adalah beberapa kelebihan rangkaian komputer:
- Perkongsian Maklumat
- Perkongsian Sumber Perkakasan
- Perkongsian Sumber Perisian
- Utusan Elekronik (E-Mail)
- Keselamatan Data
- Sokongan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan