Penjagaan perkakasan komputer ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya
kerana penyelenggaraan secara berterusan dan penjagaan yang betul
adalah penting untuk memastikan sistem komputer selamat daripada
sebarang kerosakan yang serius yang akan melibatkan kos pembaikian yang
tinggi. Ini dapat menjamin jangka hayat perkakasan akan lebih panjang.
Selain daripada itu, sikap kita sebagai pengguna komputer juga adalah
tunjang utama yang memainkan peranan untuk perkakasan komputer ini akan
bertahan untuk suatu jangka masa tertentu. Ini kerana jika kita tidak
mementingkan kebersihan dan penjagaan rapi, kemungkinan besar perkakasan
akan cepat rosak. Sebagai contoh cara penggunaan yang salah dan tidak
mengikut peraturan penggunaan perkakasan boleh memendekkan jangkahayat
perkakasan komputer.
Untuk kebaikan bersama, sediakan jadual yang sistematik dan tersusun
dalam mengemaskini dan menyelenggara peralatan komputer. Seperti juga
peralatan elektronik lain seperti mesin-mesin dikilang, kenderaan, dan
pelbagai lagi, peralatan komputer juga merupakan mesin dan peralatan
biasa yang harus diselenggara dan diservis untuk memastikan ianya
sentiasa dalam keadaan baik dan beroperasi dengan lancar.
Apa yang penting, semua itu bergantung kepada sikap individu dan
pengguna itu sendiri. Oleh itu, mulalah menanam sikap akan kesedaran
kepentingan menyelenggara peralatan dan perkakas komputer untuk kebaikan
kita juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan