Ini merupakan masalah menjadi perbualan yang hangat di internet. Masalah
virus sebenarnya berpunca dari sikap semulajadi manusia yang akhirnya
mengalami kerugian pun manusia juga. Virus amat mudah merebak melalui
internet terutamanya melalui email-email anda. Awas semasa membuka email
dari sumber-sumber yang tidak di kenalpasti keselamatannya.
Virus juga mudah merebak melalui perkongsian disket dan penggunaan
software pirate! Virus akan menyebabkan perjalanan PC anda akan
terganggu atau mengalami kerosakan.
Apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah komputer anda dari di
jangkiti virus adalah dengan mendapatkan perisian antivirus terkini dan
senantiasa updatekan perisian anda antivirus anda dengan definasi
virus-virus terkini (biasanya update melalui internet). Terdapat banyak
jenama perisaian antivirus yang terkenal dan boleh di harapkan
(reliable). Di antaranya ialah Norton Anti Virus, PC-Cilin antivirus, Mc
AFee antivirus dan Innoculan antivirus. Anda di syorkan untuk updatekan
definasi virus terkini dari internet sekurang-kurangnya 2 minggu
sekali. Beringat sebelum komputer anda terkena virus... Mencegah lebih
baik dari merawati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan